JIKA NAK BERTEMU DENGAN ALLAH, LAKUKANLAH SEPERTIMANA YANG ALLAH FIRMANKAN
"OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DI DALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA.."
Firman ini ternyata pada 18.Surah Al-Kahf ayat 110 yang bermaksud
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DI DALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..
Setiap orang mesti mempunyai kesedaran yang ia tidak akan boleh menerangkan tentang Allah kerana Allah tidak akan terterangkan dengan apa cara sekalipun
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
Di dalam surah dan ayat yang lain Allah telah memperjelaskan jika ditambah lagi 7 air lautan yang dijadikan dakwat untuk menerangkan tentang Allah tetap tidak akan terterangkan
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".
Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Lagi sekali ditegaskan, Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan lain-lain cara, Walaupun Allah menegaskan bahawa Allah tidak boleh diterangkan walau dengan apa cara sekalipun tetapi ramai yang masih ingin dan berusaha dan mencari penerangan tentang Allah dan memperkatakan Allah begitu dan begini..
Setelah sedar yang Allah tidak akan boleh diterangkan dengan apa cara sekalipun, disiplinkan badan diri sendiri supaya ia tidak akan berusaha untuk menerangkan tentang Allah,
Sebenarnya bercerita dan berusaha untuk menerangkan tentang Allah yang tidak terceritakan menunjukkan orang tersebut sedang mereka-reka perkara dusta terhadap Allah
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?
Di antara janji Allah kepada orang beriman dan beramal soleh iaitu orang yang melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Dan sesiapa yang berjuang, maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan.
Dengan ini menunjukkan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh iaitu orang yang melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi adalah merupakan seorang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah,
Mereka ini telah dijamin oleh Allah "PASTI TANPA RAGU MEREKA AKAN BERTEMU DENGANNYA" seperti yang telah difirmankan oleh Allah "maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan sampai"
Yang perlu dilakukan oleh setiap orang ialah ia mesti berusaha melakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sepertimana firman Allah pada
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU.
Supaya ia akan menjadi seorang yang "BERHARAP DAN PERCAYA" yang ia pasti akan "BERTEMU DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH"
Setiap orang mesti berlatih untuk membina kesedaran kepada dirinya yang ia tidak boleh membersihkan dirinya daripada melakukan sebarang perbuatan syirik, tetapi ia boleh melakukan perintah Allah dan RasulNya yang apabila dilakukan perintah tersebut Allah akan jadikan ia sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang perbuatan syirik.
Ada firman Allah yang memperjelaskan bahawa yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan syaitan, ini diterangkan di dalam firman Allah pada
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
KETERANGAN DARI AL-QURAN TENTANG ALLAH YANG AKAN MEMBERI PETUNJUK HIDAYAH KE JALAN YANG LURUS
Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan yang betul (lurus)
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
Di dalam surah dan ayat yang lain Allah telah berfirman memperjelaskan bahawa URUSAN MEMBERI PANDUAN YANG MENERANGKAN JALAN YANG LURUS HANYA TERTENTU KEPADA ALLAH
Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).
Dari keterangan seperti di atas, menunjukkan bahawa jalan yang lurus ialah yang dibersihkan daripada sebarang syirik, orang yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah mereka yang Allah hapuskan segala perbuatan syirik, hasil daripada mereka melakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.
Orang yang berjalan di atas jalan yang lurus ialah orang yang telah Allah bersihkan mereka dari melakukan sebarang perbuatan syirik setelah mereka melakukan sesuatu mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Segala Amal yang dilakukan oleh orang yang Allah telah jadikan sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik akan menjadi amal yang soleh.
Orang yang melakukan perintah Allah dan Rasulnya yang apabila dilakukan perintah tersebut, Allah akan jadikan ia sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik, inilah yang merupakan orang yang percaya dan berharap akan bertemu dengan tuhannya iaitu Allah dan sudah tentu (pasti), mereka akan bertemu dengan tuhannya iaitu Allah, Ini janji yang telah dijanjikan oleh Allah dan Allah tidak pernah mengubah janjiNya
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
JIKA TIDAK DIPIMPIN OLEH ALLAH, MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPEROLEHI PETUNJUK
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN, JIKA TIDAK DIPIMPIN DAN DIBERIKAN PETUNJUK OLEH ALLAH MAKA AKAN MENJADILAH ORANG YANG SESAT
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
(6.Surah Al-'An`ām ayat 77)
Mulai dari saat ini juga, Setiap orang mesti berusaha untuk menyedarkan badan dirinya sendiri yang ia mesti berusaha untuk menjadi seorang yang akan dipimpin oleh Allah yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.
ORANG YANG ALLAH JANJI UNTUK PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS IAITU MENJADI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK IALAH SEPERTI YANG TERDAPAT DI DALAM FIRMAN ALLAH PADA
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Oleh kerana jalan yang lurus ialah yang dibersihkan daripada sebarang syirik, jadi maksud
"DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS."
Ialah
"DAN TENTULAH KAMI JADIKAN MEREKA SEBAGAI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"
Mereka ini iaitu yang telah melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, akan ditempatkan di dalam surga bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang siddiqin dan orang-orang yang syahid serta orang-orang yang soleh. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Allah seperti di dalam firmanNya pada
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).
Setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Dan jalan dan cara yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah untuk melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Sehingga akan berlaku sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah yang termaktub di dalam firmanNya pada
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Atau
"DAN TENTULAH KAMI JADIKAN MEREKA SEBAGAI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"
Dengan ini akan menjadikan orang yang telah melakukan apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Sebagai seorang yang akan dipimpin oleh Allah ke jalan yang lurus
Atau sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang perbuatan syirik
Atau sebagai seorang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah yang pasti mereka akan bertemu dengan tuhannya iaitu Allah.
Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Di sini ada dua perkara
Kedua "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU" ialah melakukan perintah yang telah diperintahkan oleh Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan perintah yang telah diperintahkan oleh Rasulullah saw yang terkandung di dalam sunnahnya yang apabila dilakukan perintah tersebut, hikmah yang akan berlaku ialah akan mengeluarkan seseorang yang melakukan perintah tersebut dari "KEGELAPAN SYIRIK KEPADA CAHAYA TAUHID"
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (syirik) kepada cahaya (tauhid). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (tauhid) kepada kegelapan (syirik). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Setiap seorang mesti tahu apakah perintah yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya yang apabila dilakukan perintah tersebut, mempunyai hikmah akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan akan mengeluarkan seseorang dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.
Salah satu daripada perintah Allah yang apabila dilakukan hikmahnya akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan akan mengeluarkan seseorang dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid ialah
Seperti yang terkandung di dalam SURAH AL-MUZZAMMIL ayat 8
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat di dalam firman Allah pada
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan matamu,
- Tongkat kan lidahmu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya
Yang dilakukan Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan bahawa Allah yang sedang merasa ada Allah atau penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.