← Bab Sebelumnya Muka Utama
Jalan dan Cara Yang Perlu Dilakukan

KESEDARAN YANG AKAN TIMBUL SETELAH SESEORANG ITU TIDAK MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG APABILA DILAKUKAN AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA SYIRIK YANG NYATA

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang terang ialah melakukan ritual penyembahan seperti menyembah matahari, menyembah patung, menyembah api dan lain-lain.

Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan yang ia tidak boleh melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah, jika ia melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah bermakna ia telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata.

Ini telah terbukti kepada orang yang telah dilahirkan di dalam keluarga yang berugama Islam, mereka tidak pernah melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah kerana mereka tahu dengan penuh keyakinan (yakin tanpa ragu), jika mereka melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah bermakna mereka telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata...

Setelah tahu, boleh menghurai dan menerangkan bahawa dengan melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah akan menyebabkan seseorang itu telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata akan timbul kesedaran yang ia tidak boleh melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, ia sedar jika ia melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, bermakna ia sedang melakukan syirik yang nyata.

Dengan kesedaran ini akan mendorong seseorang supaya ia tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata.

Iaitu ia tidak akan melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah.

Kandungan dikekalkan sepenuhnya; hanya pembetulan ejaan/taip yang jelas dibuat.
⌂ Muka Utama