← Bab SebelumnyaMuka Utama
Jalan dan Cara Yang Perlu Dilakukan

IKTIBAR PENGAJARAN YANG BOLEH DIAMBIL DARIPADA PERISTIWA NABI MUSA HENDAK BELAJAR DARIPADA SEORANG HAMBA ALLAH DI TEMPAT PERTEMUAN DUA LAUTAN

TEMPAT PERTEMUAN DUA LAUTAN - SALAH SATU DARIPADA PELBAGAI JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG BOLEH DILAKUKAN...
KEMBALI KEPADA ALLAH MELALUI JALANNYA NAFAS ...

Apa yang sering diperkatakan;

Matikan sangkaan ada diri sendiri di samping ada Allah

Hidup atau hadzirkan rasa ada Allah sahaja (esa).

Ada yang mana satu yang hendak dihadzirkan sebagai ada Allah..

Ada yang sedang dirasai sekarang ini, yang selama ini telah disangka sebagai ada diri sendiri di samping ada Allah.

Ada yang sedang dirasa yang selama ini yang telah disangka ada diri sendiri itu hendaklah disangka sebagai ada Allah yang sedikit yang diperkenalkan.

ALLAH MENGIKUTI SANGKAAN HAMBANYA

Firman Allah dalam hadis Qudsi.

‎عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي، فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي، وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا، وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً “

“Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda, Allah Ta’ala berfirman, “Aku mengikuti sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Dan Aku ada bersamanya jika ia sentiasa ingat Aku. Jika ia ingat Aku sendirian, maka Aku pun akan ingat ia sendirian. Jika ia ingat Aku dalam sekumpulan orang, Aku akan ingat dia dalam kumpulan yang lebih baik dari itu (Malaikat). Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal, Aku akan mendekat kepadanya sehasta, jika ia mendekat kepadaku sehasta, Aku akan mendekat kepadanya satu depa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya berlari” (HR. Bukhari no.7405).

Yang sedang menyangka ada yang sedang dirasai sekarang ini sebagai ada Allah yang sedikit yang sedang diperkenalkan juga adalah Allah sendiri..

Istiharkan perang dengan sangkaan ada diri sendiri (hawa nafsu sendiri) di samping ada Allah sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang terhasil daripada telah melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid.

Tanda telah berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah ialah tidak lagi timbul sangkaan ada diri sendiri....

Tidak lagi merasa ada diri sendiri kerana sedang berlaku penyaksian dan pengakuan kepada ada Allah semata-mata.... Esa adanya.

Seterusnya akan berlaku pula penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah keadaan dimana Allah yang sedang merasa Allah ada..

Bila sudah mencapai dan sedang merasa Allah sedang merasa Allah ada ( AKU KENAL TUHANKU DENGAN TUHANKU)..

Maka ternyatalah Allah yang awal, Allah yang akhir, Allah yang zahir, Allah yang batin..

Zahir Allah namanya Adam (Huwaz zohiru)

Batin Allah namaNya Muhammad (huwal batinu)

Sabda Nabi Muhammad saw "ANA ABU AR RUH WA ADAM ABU BASYAR

Rahsia Allah Huu zat semata-mata ( huwal auwalu, huwal akhiru)..

Allah nama bagi zat - Allah setelah dinyatakan kenyataannya pada keseluruhan Alam ini. - kenyataannya ialah ketika keluarnya nafas.

Huu zat semata-mata - Nama bagi zat Allah sebelum ternyatanya kenyataan Allah ( Akulah perbendaharaan yang tersembunyi) kenyataannya ketika masuknya nafas.

Haq - Nama kebenaran Allah, kenyataannya di tempat pertemuan, atau perhentian nafas (tidak masuk dan tidak keluar - pertemuan di antara hamba dengan tuhan, tiada tuhan dan tiada hamba lagi hanya Esa zat semata-mata - Zikirnya AH - AH dan HAQ.(setelah telan air liur)

Di sinilah pertemuan di antara dua lautan (lautan lahir dan lautan batin - pertemuan huwaz zohiru (dikiaskan kepada nabi Musa a.s dengan huwal batinu (dikiaskan dengan Nabi khidzir)

Hum - adalah nama Allah yang penghabisan kali disebut ketika terputusnya nafas yang penghabisan, dimana kunci nyawa atau bulu ruma tunggal akan membentuk huruf mim simpul.

Alif kenyataannya pada batang hidung,

Lam kenyataannya pada lidah (tertungkat ke langit-langit yang telah membenarkan nafas yang penghabisan melaluinya untuk keluar melalui ubun-ubun sepertimana ianya mula-mula masuk ke dalam tubuh setelah roh ditiupkan... (Mengikut jalan yang lurus)..Jika lidah tidak tertungkat ke langit-langit ditakuti nafas yang penghabisan tersalah jalan ( bukan jalan yang lurus tetapi jalan yang tersesat).

7.Surah Al-'A`rāf ayat 29

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

BALIKLAH BERNAFAS SEPERTIMANA KITA MULA-MULA DILAHIRKAN

Mim kenyataannya pada kunci nyawa atau bulu ruma tunggal akan membentuk huruf mim simpul setelah nafas yang penghabisan terputus (kullunafsin za i khotul maut)...

Apabila berlakunya nafas yang penghabisan maka terputuslah hubungan di antara Roh (Huwal batinu) dengan jasad (huwaz zohiru).. nyatalah Huwal akhiru...

Alif lam mim - Allah latifun muhitul lil 'alamin... Allah maha lemah lembut serta meliputi keseluruhan alam zahir dan batin ( huwaz zohiru huwal batinu)...

Jasad sentiasa mati seperti matinya mayat. Sebagaimana mayat begitulah jasad kita sekarang ini.

Manyat nampak hidup kerana telah ditiupkan Rohullah ke dalamnya. Sebenarnya Rohullah inilah yang hidup, hidup Rohullah terpancar dan terlihat ke atas jasad atau badan melalui nafas.. Selagi ada nafas selagi itulah jasad akan nampak hidup, segala sifat-sifat ketuhanan yang terlihat, yang terasa pada badan atau jasad adalah sifat Rohullah yang dinyatakan ke atas badan melalui nafas..

Jadi nafas sebenarnya adalah pekerjaan Rohullah yang menyampaikan segala apa yang ada pada Rohullah kepada jasad... yang menyampaikan ini dinamakan pesuruh Allah

Rohullah adalah sifat ketuhanan Allah, Rohullah bersifat dengan cara ghaib iaitu tidak nampak oleh mata, tidak dapat dipegang oleh tangan, tidak dapat difikirkan oleh akal. Sifat Rohullah ini ternyata kepada badan melalui nafas.....

Nafas adalah jalan yang sentiasa menghubungkan di antara jasad dengan Rohullah. Setelah terhenti nafas maka terputuslah jambatan atau jalan penghubung yang menghubungkan di antara jasad dengan Rohullah...

Nafas adalah jalan yang menghubungkan di antara Rohullah dengan jasad. Nafas juga adalah jalan atau tempat dimana Rohullah menyerahkan apa yang ada padanya kepada jasad dan tempat atau jalan dimana jasad akan menyerahkan apa yang ada padanya kepada Rohullah...

Setelah Ruhullah ditiupkan ke dalam jasad maka nafaslah yang menjadi jalan penghubung di antara Rohullah dengan jasad....

Setelah keluar sahaja dari rahim ibu (surga) maka Rohullah sentiasa terhubung dengan jasad melalui nafas..

Rahsia yang dibawa bersama Ruhullah semasa dilahirkan iaitu “JANJI SETIA ATAU BAI’AH KEPADA ALLAH” sepertimana yang terkandung di dalam firman Allah

7.Surah Al-'A`rāf ayat 172

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

DAN PERJANJIAN INI TELAH DITURUNKAN KEPADA JANIN DIKETIKA JANIN BERUMUR TIGA BULAN SEPULUH HARI DIDALAM KANDUNGAN IBU YANG DIPANGGIL DENGAN SALAM ZAMAN IAITU SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH
6.Surah Al-'An`ām ayat 79
‎إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًاۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".

6.Surah Al-'An`ām ayat 162
‎إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

6.Surah Al-'An`ām ayat 163
‎لَا شَرِيكَ لَهُۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

DARI AYAT-AYAT INI MENERANGKAN TELAH BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA ALLAH ADALAH TUHAN KITA
PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN INI TERUS BERLAKU SEHINGGALAH KITA DILAHIRKAN KEDUNIA INI DAN IANYA KEKAL SEHINGGALAH KITA SEMUA MULA BERAKAL..
SETELAH KITA MULA BERAKAL, BERMULALAH ERA KITA MULA MERASAKAN SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA DIRI KITA SEBAGAI SIFAT BADAN DIRI KITA SENDIRI..
TETAPI ALLAH TELAH MENJELASKAN DIDALAM FIRMANNYA
34.Surah Saba' ayat 27

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhluk selain dari Allah)

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Setelah kita mula berakal sifat ketuhanan yang ternyata kepada diri kita mula dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri. Seterusnya semakin kita membesar segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada makhluk yang lain juga mula dirasakan sebagai sifat makhluk tersebut.

Semasa kita membaca firman Allah seperti di atas seperti di dalam Surah Saba' (Ayat 27) khasnya dan banyak lagi keterangan di dalam surah dan ayat-ayat yang lain amnya. Akan lahirlah di dalam ilmu dan pengetahuan kita yang "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA BADAN DIRI SENDIRI DAN YANG TERNYATA KEPADA MAKHLOK YANG LAIN, ITU ADALAH SIFAT KETUHANAN ALLAH"

Dengan ilmu dan pengetahuan yang demikian, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan atau keakuan kepada badan diri sendiri dan kepada makhluk yang lain..

Ini telah ditegaskan oleh Allah di dalam firmanNya di dalam Surah Saba' (Ayat 27)

"TUNJUKKANLAH KEPADAKU SIFAT-SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA MAKHLOK-MAKHLOK YANG KAMU HUBUNGKAN DENGAN ALLAH SEBAGAI SEKUTU-SEKUTUNYA"

Untuk mengajak manusia kembali kepada "HAKIKAT TAUHID YANG TELAH DITINGGALKAN" sejak dari manusia mula berakal, Allah telah mengutuskan para Nabi dan para Rasul...

34.Surah Saba' ayat 28

Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

Allah telah merakamkan di dalam Al-Quran tentang HAKIKAT TAUHID ini sebagai peringatan kepada keseluruhan umat manusia, sepertimana firman Allah

7.Surah Al-'A`rāf ayat 173

Atau supaya kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"

7.Surah Al-'A`rāf ayat 174

Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).

Nafas ini adalah jalan yang lurus yang telah dipertaruhkan ke atas setiap badan diri, hendaklah dijaga jalan yang lurus ini supaya tidak tersesat jalan...

Jagalah jalan yang lurus ini supaya tidak tersesat jalan, bernafaslah sepertimana bayi yang di dalam buaian bernafas, janganlah lari atau terkeluar dari cara bernafasnya bayi ( sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud tuntutlah ilmu dari bayi di dalam buaian sehinggalah kepada jasad di dalam liang lahad)..

Jalannya pernafasan bayi di dalam buaian belum lagi tersesat, sebab itu bayi sehingga kepada kanak-kanak sebelum berakal tidak berdosa, jalannya belum lagi tersesat,

Nafasnya sentiasa berada di atas jalan yang lurus dan sentiasa terhubung kepada Rohullah dan seterusnya terhubung kepada Allah.

Sebab itu bayi di dalam buaian sehingga kepada kanak-kanak yang belum berakal tidak terkena dosa.

Oleh yang demikian wahai para sahabat sekalian bersama-samalah kita kembali kepada jalan yang lurus sepertimana jalannya bayi.. Kembalilah bernafas sepertimana bayi di dalam buaian bernafas kerana nafaslah merupakan satu-satunya jalan yang menghubungkan di antara jasad dengan Rohullah.

Apabila terputus nafas pada nafas yang penghabisan maka seseorang itu telah dikatakan mati..

Nafas merupakan jalan atau tempat Rohullah menyerahkan apa yang ada padanya kepada jasad dan tempat atau jalan dimana jasad menyerahkan apa yang ada padanya kepada Rohullah...

Jagalah jalannya nafas supaya tidak tersesat kerana lurusnya jalan pernafasan itu maka luruslah perjalanan kembali kepada Allah..

Kembalilah bernafas sepertimana bayi bernafas iaitulah jalan yang lurus yang terletak dan dipunyai oleh setiap badan diri sendiri...

Tersesatnya jalan pernafasan maka akan tersesatlah jalan untuk kembali kepada asal iaitu kepada Allah ( daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali)...

Sabda Rasulullah saw

‎مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ دَخَلَ الجَنَّةَ

”Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah ‘lailaha illallah’, maka dia akan masuk surga”

(HR. Abu Daud. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih no. 1621)

Jika semasa terputusnya nafas yang terakhir kita tidak berada di dalam keadaan ini (sedang menyatakan keesaan Allah) mati yang kita akan hadapi di dalam keadaan syirik.... Bukan di dalam keadaan (Laa ilaha illallah yang tiada suara, tiada berhuruf dan tiada kata-kata bukan menyebut perkataan Laa ilaha illallah diketika akhir hayat).

Inilah peri pentingnya kita kembali bernafas sepertimana mula kita dilahirkan.. iaitu semasa menarik nafas perut akan kembung dan semasa keluar nafas perut kempes

2.Surah Al-Baqarah ayat 46

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 29

Katakanlah:
"Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

18.Surah Al-Kahf ayat 61

Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.

18.Surah Al-Kahf ayat 62

Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini".

18.Surah Al-Kahf ayat 63

Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan".

18.Surah Al-Kahf ayat 64

Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; mereka pun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.

18.Surah Al-Kahf ayat 65

Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.

18.Surah Al-Kahf ayat 66

Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"

18.Surah Al-Kahf ayat 67

Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.

18.Surah Al-Kahf ayat 68

Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?

18.Surah Al-Kahf ayat 69

Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".

18.Surah Al-Kahf ayat 70

Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatu pun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".

Cuba perhatikan di dalam firman Allah seperti di atas, tempat pertemuan dua laut itu di atas batu besar, Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan batu besar itu?....

PANTANG NABI MUSA NAK BELAJAR DARI NABI KHIDIR IALAH "JANGAN BERTANYA SESUATUPUN"

Apabila kedua-duanya bersetuju dengan syarat itu maka perjalanan diteruskan....

Lagi firman Allah

18.Surah Al-Kahf ayat 71

Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya?
Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar".

18.Surah Al-Kahf ayat 72

Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"

18.Surah Al-Kahf ayat 73

Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".

18.Surah Al-Kahf ayat 74

Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh
satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!"

18.Surah Al-Kahf ayat 75

Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"

18.Surah Al-Kahf ayat 76

Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".

18.Surah Al-Kahf ayat 77

Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"

18.Surah Al-Kahf ayat 78

Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

18.Surah Al-Kahf ayat 79

Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

18.Surah Al-Kahf ayat 80

Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang
zalim dan kufur.

18.Surah Al-Kahf ayat 81

Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.

18.Surah Al-Kahf ayat 82

Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".

CUBA KITA PERHATIKAN FIRMAN ALLAH INI KAITANNYA BERHUBUNG DENGAN PERNAFASAN KITA...
Surah Al-Wakiah ayat 83 - 87

83. Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -

84. Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -

85. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

86. Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -

87. Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?

SYUHUD / MUSYAHADAH / MEMANDANG

Untuk Ahli syuhud :-

Syuhud itulah sebenarnya membuka perbendaharaan yang tersembunyi :-

Perbendaharaan Yang Tersembunyi itu bernama:
Laa Ilaa Ha Illallahh

Pintu gerbangnya bernama:
Muhammadur Rasulullah

Syuhud itulah sebenar-benar makam dua kalimah tauhid

Kuncinya bernama:
Bismillah Hirrah Maa nirrahim
Syuhud juga dipanggil sebenar-benar bismillah

Cahaya yang menerangi di dalamnya bernama:
Al Fatihah - syuhud juga diberi nama dengan sebenar-benar Fatihah

Kenderaan di dalamnya bernama:
Laa Hau lawala kuwataillah billah.

Perlepasan nafas sesudah syuhud itu hakikat Laa Hau lawala kuwataillah billah yang meliputi sekalian alam zahir dan batin sihamba..

Dengan izin Allah s.w.t si hamba masuk ke dalam Perbendaharaan-Nya Yang Tersembunyi.

Di sinilah pertemuan di antara hamba dengan tuhan. Dipanggil makam Al-fatihah @ sebenar bismillah @ nur muhammad. Apabila berlaku perhimpunan nafas, anfas, tanafas dan nufus dipanggil roh izofi, roh izofi itulah roh kudus, roh kudus itulah ruhullah ( keseluruhan itu dipanggil amar robbi - pekerjaan tuhan) pada ubun-ubun. Ialah sidrotul muntaha, pintu loh mahfuz, pintu langit.

Kembali kerahmatullah ialah sentiasa duduk di dalam afa'al Allah.

Perlakuan syuhud kembalikan amanah kepada empunya haq. Syuhud bermakna sentiasa berada di dalam afa'al Allah. Syariat syuhud latihan untuk mencapai. - kembali bernafas sepertimana kita mula-mula dilahirkan, boleh diambil pelajaran daripada keadaan bayi di dalam buaian bernafas...

Pada diri kita (pada yang masih ada keakuan diri) dan selain dari Allah tidak ada apa-apa.. Pada diri Allah (KeAkuan hanya untuk Allah) ternyata sifat ( kudrat, irodat, ilmu, hayat, basor, samak, kalam, nama dan perbuatan Allah.)

Kepada Siapa kita Bertuhan - Bergantung pada keakuan,,,

Jika keakuan pada badan diri sendiri (kita) itu menjadi diri kita sendiri (iaitu hawa nafsu)...

Jika keakuan itu kepada Allah (kita itu menjadi diri atau rohullah)..

Pada diri itu ternyata sifatullah... Sifatullah sedang meliputi diri. Akuilah sifatullah itu adalah sifat Allah sendiri sehingga tidak terasa lagi kita yang bersifat dengan sifatullah yang sedang diperkenalkan untuk memperkenalkan sifatnya...... Dengan kembali bernafas sepertimana bayi di dalam buaian bernafas.. Kesemuanya sudah tersedia daripada awal lagi, semasa bayi dulu kita sudahpun melakukannya, setelah dewasa dan tua kita sudah melupakannya...

34.Surah Saba' ayat 27

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Pada jasad atau badan itu ternyata Afa'alullah.. Afa'allullah lah yang meliputi segala jasad

Jika Afa'alullah yang sedang meliputi jasad atau badan itu diakui sebagai perbuatan badan kita sendiri (sedang merasa keberadaan atau keakuan diri sendiri) pegangan kita telah mensyirikkan Allah pada segala perbuatan....

Jadi kenalah diakui yang segala perbuatan yang ternyata pada jasad itu adalah perbuatan Allah yang sedang meliputi, sehingga tidak terasa lagi perbuatan jasad kita dan perbuatan selain dari Allah.. - dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu, bukan dengan mengaku-ngaku

Pada penyaksian dan pengakuan yang terhasil daripada melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid itulah letaknya kepada siapa kita bertuhan...

Jika kita letakkan segala perbuatan, nama, sifat dan wujud Allah yang sedang meliputi badan diri kita, kepada diri sendiri (mengaku segala Ujud, sifat, asma' dan perbuatan Allah yang sedang meliputi badan diri kita sebagai wujud, sifat, asma' dan perbuatan badan diri sendiri) iaitu sedang merasai keberadaan atau keakuan diri kita sendiri, kita telah bertuhankan kepada keakuan diri sendiri atau kita sedang bertuhankan kepada hawa nafsu sendiri...

Bila segala perbuatan, nama, sifat, dan wujud Allah yang sedang meliputi badan diri kita dan sekalian alam itu diletakkan kepada Allah (telah diakui sebagai Ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah - sehingga tidak tinggal lagi rasa kita ada wujud, sifat, nama dan perbuatan sendiri) - dengan melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu, bukan dengan mengaku-ngaku bermakna kita sedang bertuhankan kepada Allah, tuhan sekalian Alam...

PERPINDAHAN DARI AKU DIRI SENDIRI KEPADA AKU DIRI ALLAH (MIKRAJ)
AKU - اكو - Allah kekal wujud...
Diriku - diri atau Rohullah
BadanKu - jasad atau badan Allah

Lakukan dan Rasai sendiri sama ada kita berpegang kepada

aku - badan atau jasad sendiri (huwaz zohiru)
Aku - diri atau roh sendiri (huwal batinu)
AKU - اكو - Allah kekal wujud... (huwal au walu, huwal akhiru)

Binasakan aku ( diri zahir ) ke dalam Aku ( diri batin ), hapuskan Aku ( diri batin ) ke dalam AKU ( Allah )..

Maka jadilah

Badanku - huwaz zohiru - Dialah (Allah),yang zahir

Diriku - Huwal batinu - Dialah (Allah) yang batin..

AKU - Huwal auwalu, huwal Akhiru - Dialah (Allah) yang Awal, Dialah (Allah) yang Akhir..

MESTI BERNAFAS SEPERTIMANA KITA MULA DILAHIRKAN - BELAJARLAH DARI BAYI DIDALAM BUAIAN

Nafas kita ialah afa'al bagi roh, roh itu menyatakan nufus iaitu yang tidak masuk dan keluar.

Zikir Nafas yang akan berlaku dengan sendiri tak perlu disebut-sebut

Ketika keluar - ALLAH
ketika Masuk - Huu

Hubungkan kedua jambatan yang terputus ( dubur dan batang tengkok ), hubungkan badan dengan diri melalui satu tarikan nafas sehingga tidak boleh ditarik lagi (pertemuan dua lautan iaitu lautan zahir (jasad) dengan lautan batin ( diri atau roh ), di atas sebuah batu yang terhampar, iaitu perut (lebih khusus lagi pusat), nafas yang ditarik itu hendaklah nafas melalui perut ( tarik nafas perut kembung, hembus nafas perut kempes),

Sesudah nafas itu tidak tertarik lagi, kempeskan perut tanpa melepaskan nafas, menolak nafas yang terkumpul dipusat kearah tulang tongkeng (berlaku secara automatik bila perut dikempeskan semasa menahan nafas pada tempat yang tak tertarik lagi, dengan mengempeskan perut semasa menahan nafas, nafas yang terkumpul tadi akan dibawa naik dari tulang sulbi ke atas ubun-ubun tetapi terputus di bahagian tengkok atau batang leher, untuk membenarkan nafas yang terkumpul tadi melalui batang leher hendaklah tungkatkan lidah ke langit-langit,) tahanlah nafas, disinilah pertemuan diri (yang zahir yang telah terhapus di dalam diri batin) dengan AKU (Allah)... Terhapuslah diri yang batin di dalam kewujudan AKU (Allah),

Keadaan atau perbuatan menarik nafas dan terhenti pada tempat yang tidak tertarik lagi menerang atau menunjukkan bahawa sedang terlaksananya Laa maujudun, laa haiyun, laa 'Alimun, Laa khodirun, Laa muridun, laa basirun, laa sami'un, laa mutakalliman bihak kin illalllah....................... Pada badan diri sendiri- merasai sendiri dengan makna sedang mengenal ..

Setelah nafas tidak tertahan lagi (telan air liur zikirnya berbunyi haqeq)

Kemudian Lepaslah nafas yang tidak tertahan lagi perlahan-lahan (kiasan dari Nabi khidir membocorkan perahu), sampai nafas tidak boleh dihembus lagi,

Setelah nafas itu tidak terhembus lagi, kesedaran kepada badan sudah dirasai semula, (tetapi bunuhlah badan itu seperti Nabi khidir membunuh kanak-kanak), maksudnya jangan terlahir dari pengakuan kita yang badan itu badan kita lagi tetapi membawa kesedaran ada Allah tadi ke badan, dengan itu kesedaran yang ada pada ketika itu yang badan itu zahirNya Allah - melepaskan nafas bermakna sedang berlaku kalimah Laa khaula wala khuwa ta illah billah yang tidak disebut, tiada suara dan tiada berhuruf (huwaz zohiru - Dialah (Allah) yang zahir)...

Setelah tidak tertahan lagi, tariklah semula nafas itu ( dikiaskan dengan Nabi Khidir menegakkan bangunan yang nak runtuh yang dikatakan dibawahnya tertimbus harta anak yatim piatu)... Rohullah atau diri batin itu tidak berayah dan beribu, iaitu yatim piatu...

Bila amalan ini sudah menjadi darah daging maka akan terhasillah pada rasa perasaan kita yang bukan kita lagi

Bila disebut AKU, pegangan kita sudah tertuju kepada AKU - اكو - Allah kekal wujud...

Bila disebut Diriku iktikad atau pegangan kita akan tertuju kepada - diri atau Rohullah (Allah yang batin)

Bila disebut BadanKu iktikad atau pegangan kita tertuju kepada - jasad atau badan Allah (Allah yang zahir)

Keseluruhannya bukan berlaku di dalam keadaan sedang mengaku-ngaku tetapi akan berlaku penyaksian dan pengakuan yang akan terhasil daripada seseorang itu sedang melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau diketika sedang melakukan jalan untuk mengenal Tuhanmu

Kandungan dikekalkan sepenuhnya; hanya pembetulan ejaan/taip yang jelas dibuat.
⌂ Muka Utama