← Bab SebelumnyaMuka Utama
Jalan dan Cara Yang Perlu Dilakukan

SETELAH TIDAK MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG APABILA DILAKUKAN AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA SEBARANG PERBUATAN SYIRIK

sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Dan sudah menyedari kepada sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri sendiri adalah sifat yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri yang terhasil daripada ia sudah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Dan sudah berkesedaran bahawa sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan diri sendiri bukan sifat yang sedang dirasai sebagai keberadaan badan diri sendiri yang disangka pula sebagai sifat ketuhanan Allah, yang akan terhasil setelah seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Setelah itu lakukanlah perintah Allah dan perintah Rasulullah saw, yang apabila dilakukan perintah-perintah tersebut akan berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan diri sendiri iaitu sifat yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan sifat yang bukan yang sedang dirasai sebagai keberadaan badan diri sendiri yang disangka pula sebagai sifat ketuhanan Allah, ialah sifat ketuhanan Allah.

Salah satu daripada berbagai perintah Allah yang apabila dilakukan akan menghilangkan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri atau akan mengeluarkan seseorang dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid ialah dengan melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat di dalam firman Allah pada

Surah Al-Muzammil ayat 8

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada

Surah Al-'Isrā' ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat di dalam firman Allah pada

7.Surah Al-'A`rāf ayat 205

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan matamu,
- Tongkat kan lidahmu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya
Yang perlu dilakukan sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang sedang merasai keberadaan Allah atau Penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.
Kandungan dikekalkan sepenuhnya; hanya pembetulan ejaan/taip yang jelas dibuat.
⌂ Muka Utama